Friday, 30 September 2011

Pernyataan Standard Band

Band 1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.

Band  2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

Band 3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
Band 4
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul.

Band 5
Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.

Band 6
Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

Tafsiran Band


BAND /
PERNYATAAN BAND /
TAFSIRAN
Band 1
Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara yang asas.

Band 2
Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang dipelajari.

Band 3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Band 4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau sistematik.

Band 5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau sistematik serta tekal dan bersikap positif.

Band 6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Murid mampu melahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan dan cabaran dalam kehidupan seharian, serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat

Instrumen

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Instrumen berbentuk bahan atau bukti yang dapat ditunjukkan oleh
murid yang m elaksanakan sesuatu  tugasan  dalam  bentuk produk  atau proses  seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-
lain.

Evidens

Evidens ialah  pernyataan  yang  menerangkan  bagaimana  murid  melaksanakan apa  yang  dia  tahu  dan  boleh buat berdasarkan deskriptor.

Deskriptor

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan
apa yang murid tahu dan boleh buat
berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.

Standard Prestasi

Standard  Prestasi ialah pernyataan  tentang tahap perkem bangan  pembelajaran murid yang  diukur  berdasarkan  standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard  itu  terbahagi  kepada  dua  iaitu  perkembangan  secara  mendatar  (konstruk)  dan  perkembangan menegak  (band).
Pertumbuhan murid  dijelaskan dengan satu atau lebih  qualifier menggunakan perkataan  atau rangkai  kata  yang  betul bagi
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Standard

Standard ialah  satu  pernyataan  tentang  sesuatu  domain  merujuk  kepada  tanda  aras  tertentu  dan  bersifat  generik  bagi
memberi gambaran holistik tentang individu.