Kurikulum-Standard-Sekolah-Rendah-01-Bahasa-Malaysia-Tahun-1-SJK
Kurikulum-Standard-Sekolah-Rendah-01-Bahasa-Malaysia-Tahun-1-SK
Saturday, 19 March 2011
Thursday, 17 March 2011
Penanda Wacana
Definisi Wacana
Wacana adalah ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan atau keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa.
Definisi Penanda
Penanda ialah apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan .
Penanda Wacana
1. Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karya atau karangan yang baik dan teratur.
2. Penanda wacana digunakan antara satu ayat dengan satu ayat, isi dengan isi, idea dengan idea lain yang saling berkaitan dan juga apabila memulakan perenggan baru.
3. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih baik,lengkap, dan mempunyai pertalian idea.
4. Senarai penanda wacana adalah seperti yang berikut:
Akhirnya | Lebih-lebih lagi | Sebaliknya |
Bagaimanapun | Lepas itu | Sebelum itu |
Biarpun demikian | Malangnya | Selain itu |
Dalam pada itu | Meskipun | Selanjutnya |
Dengan itu | Meskipun begitu | Selepas itu |
Di samping itu | Meskipun demikian | Semenjak itu |
Jadi | Mungkin | Sungguhpun demikian |
Justeru | Namun | Tambahan lagi |
Kalau begitu | Namun begitu | Tambahan pula |
Kemudian | Namun demikian | Walau bagaimanapun |
Lagipun | Oleh itu | Walaupun demikian |
Lantaran itu | Oleh sebab itu | Walaupun begitu |
5. Penanda wacana terdiri daripada pelbagai jenis kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ayat dengan ayat atau paragraph dengan paragraph dalam sesuatu kesatuan bahasa.
6. Penanda wacana penting untuk menentukan sama ada sesuatu wacana itu menepati ciri-ciri atau tidak.
Subscribe to:
Posts (Atom)